Tuesday, April 16, 2013

Panduan Pamakanan Sihat

Makanan untuk melangsingkan badan
Pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua aspek yang penting, iaitu penjagaan diet dan aktiviti fizikal. Dari segi pemakanan, selain dari mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan, zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik. Dengan bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan, anda boleh menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kelaparan. Tip-tip berikut boleh membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan rendah kalori untuk memperbaikkan diet anda.

* Vitamin C

Buah-buahan jenis sitrus yang kaya dengan vitamin C semulajadi seperti limau gedang, lemon dan oren boleh membantu dalam mengurangkan penyerapan lemak. Diet yang kekurangan vitamin C telah terbukti oleh pelbagai kajian bahawa ia boleh membawa kepada garis pinggang (waistline) yang lebih luas. Anda boleh memenuhi keperluan seharian 75mg vitamin C dengan memakan sebiji oren ataupun secawan strawberi.

* Teh

Menurut The American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil jumlah catechin (antioksidan dalam daun teh yang boleh menggalakkan pembakaran lemak) yang paling tinggi lebih mengalami penambahan berat badan yang kurang berbanding dengan mereka yang kurang meminum teh dalam jangkamasa 14 tahun. Dalam memilih jenis teh, adalah digalakkan untuk membeli jenis teh hijau atau putih kerana ia mempunyai kandungan catechin yang lebih tinggi.

* Pisang

Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potasium, dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium (yang menghasilkan gas) dalam badan anda. Pisang juga murah harganya, senang didapati, serta mudah untuk dibawa dan dimakan.

* Makanan rendah GI (indeks glisemik):

Makanan yang rendah GI, iaitu jenis yang dihadam dengan perlahan boleh membantu anda berasa lebih kenyang sepanjang hari, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Journal of the American College of Nutrition. Makanan jenis rendah GI termasuk bijirin dan sayuran, dan juga sesetengah buah-buahan seperti limau gedang dan beri biru.

* Jauhi makanan yang tinggi kandungan gula
Sekiranya anda menyemak label makanan, anda akan mendapati kebanyakannya mempunyai gula tambahan (seperti sirap jagung berfruktosa tinggi dan gula putih yang diproses). Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan peningkatan mendadak jumlah kandungan gula dalam darah. Ia boleh menjejaskan rangsangan hormon leptin yang mengawal selera dan metabolisme, dan akan menyebabkan anda lebih berselera untuk memakan lebih daripada biasa. Apabila rangsangan leptin terjejas, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengawal selera dan kalori yang berlebihan akan ditukar dan disimpan dalam badan sebagai lemak. Oleh yang demikian, apabila anda membeli makanan, pilihlah jenis yang mempunyai kandungan lemak tak tepu dan berserat tinggi seperti sayuran dan kekacang.

- Sumber: Yahoo! Health, 'Best Foods for a Flat Belly', March 2009

Sambung Baca: 
http://anizyn.blogspot.com/2012/06/makanan-untuk-melangsingkan-badan.html#ixzz2QaMQgsjf

Kecederaan semasa bersukan


Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku? ‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.

Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ‘ankle sprain’‘Ankle sprain’ secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau‘excessive movement of the joint’. Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:
1) Sakit
2) Terdengar bunyi crack
3) Bengkak

4) Lebam
5) Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang

Jika berlakunya ketidakapastian tentang simptom-simptom di atas atau pun simptom-simptom lain seperti kesakitan pada bahagian buku lali, kesukaran untuk berjalan dan kesukaran untuk berdiri, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk memudahkan proses bagi mengenalpasti samada ianya merupakan kecederaan ‘ankle sprain atau pun ‘ankle fracture’.

Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

1) Medial

a) Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)

2) Lateral

a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.

b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.

c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.


Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti berikut:

1) Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai ‘koyak mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan melompat.

2) Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.

3) Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.


Rawatan

Secara ringkasnya, rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang utama antaranya adalah:

1) Rawatan awalan (R.I.C.E)

a) Rest

Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.

b) Ice

Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

c) Compression

Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak
yang keterlaluan.

d) Elevation

Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkanpengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.


2) Rawatan susulan

a) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki

- Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)

- Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)

- Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)

- Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)

- Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)


b) Rehabilitasi

- Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi
kecederaan ini, jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF).
Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. Aktiviti
‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih
 sepenuhnya.

- Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan
‘exercise’ pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan
 Penggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan ‘exercise’
 tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidak
terlalu berat) juga dibolehkan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti larian
secara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta
aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan
kaki.

- Mendapattkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat
penting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang. Antara
latihan-latihan yang dilakukan adalah:
i) Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata.

ii) Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.

iii) Berdiri di atas trampolin.

iv) Berdiri di atas ‘wobble board’.


Latihan-latihan di atas adalah diperlukan untuk mengembalikan semula keseimbangan dan kestabilan kaki.


Pencegahan Kecederaan dan Memulakan Semula Aktiviti Bersukan


Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti sediakala memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya. Penggunaan‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa yang lama (6 – 12 bulan selepas kecederaan). Dengan langkah-langkah pencegahan yang teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk memulakan semula aktiviti sukan yang diceburi seperti sediakala.


Rujukan:


2) Prentice.W.E. 2004. Get Fit, Stay Fit. 3rd Edition. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.

Thursday, April 11, 2013

PBS PJK T1 dan T2


Dulu PJK dipandang  sepi sebelum adanya transformasi pendidikan. Dengan adanya PBS ini PJK menjadi subjek yang diambilkira dalam pentaksiran.

1M 1S


 Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri
dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan
dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang
berdaya saing tinggi