Tuesday, March 25, 2014

Lagenda Sepanjang Zaman

Pele merupakan salah seorang lagenda bolasepak dunia yang masih hidup selain daripada Diego Maradona. Beliau pernah menjuarai tiga Piala Dunia dan dikenali oleh semua para peminat bolasepak.

Rekod jaringan 1285 gol daripada 1321 perlawanan bersama kelab Santos serta menjuarai 3 Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970 membuktikan Pele adalah lagenda bolasepak yang terhebat dan rekodnya sukar disaingi oleh mana-mana pemain bolasepak.

Pele dibesarkan di Sao Paulo terkenal dengan kepantasan, teknik kawalan bola yang menakjubkan, fizikal yang tegap dan bijak menghidu peluang di depan pintu gol. Karier bolasepaknya bermula apabila bakatnya dihidu bekas pemain bolasepak Brazil Valdemar de Brito dan serta-merta ditawar untuk menyertai pasukan pelapis kelab Santos.

Gol pertama bersama kelab dijaringkan semasa perlawanan menentang Corinthians pada September 1956 manakala gol antarabangsanya bersama Brazil dijaringkan lapan bulan kemudiaan dalam perlawanan menentang Argentina.

Latar Karier
Semasa penampilan pertama Piala Dunia 1958 di Sweden, Pele menjaringkaan gol hatrik semasa menentang Perancis di separuh akhir dan kemudiaan meneruskan aksi hebatnya dengan menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir menentang Sweden yang menyaksikan Brazil menang 5-2.

Pele menjadi pemain bolasepak termuda menjuarai Piala Dunia ketika usianya 17 tahun lapan bulan.

Pele seterusnya meraih kejayaan pada Piala Dunia 1962 di Chile dan 1970 di Mexico.

Kehebatan Pele sentiasa dikenang para peminat bolasepak serta namanya setanding dengan jaguh-jaguh bolasepak Brazil lain seperti Carlos Alberto, Jairzinho, Rivelino dan Gerson.

Pele kemudiannya berhijrah dari Santos ke kelab Amerika Syarikat, New York Cosmos pada tahun 1974. Semasa perlawanan perpisahan antara kelab lamanya Santos dengan Cosmos pada 1977, Pele mencatatkan sejarah dalam dunia bolasepak apabila seramai 700 juta penonton televisyen menyaksikan siara langsung perlawanan tersebut.

Pele dinamakan FIFA sebagai pemain bolasepak sepanjang zaman dan sehingga kini namanya masih menjadi sebutan di kalangan peminat bolasepak diseluruh dunia. 


Pele - Lagenda bola sepak dunia

No comments:

Post a Comment